Renungan...

Monday, May 10, 2010



Sebenarnya masalah ketagihan dadah ini adalah satu sikap hidup yang salah.Pada permulaannya ianya dianggap penyelesai masalah hidup atau satu cara mencari ketenangan hidup.Kemungkinan pada peringkat awalnya ianya seolah-olah penenang jiwa, namun lama- kelamaan ianya telah bertukar menjadi racun dan perosak kepada diri dan kehidupan.Disebabkan ketagihan dadah telah ramai jiwa yang telah musnah,telah banyak kehidupan yang telah hancur serta si penagih seolah-olah sudah tiada harapan untuk hidup sempurna.Bahkan telah berapa ramai nyawa telah melayang akibat dari sikap penagihan dadah ini.

Insya ALLAH si penagih akan dapat kembali kepangkal jalan kebenaran sekiranya dia bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati menjalani rawatan ini zahir dan batin.Sesungguhnya perbuatan ketagihan dadah ini adalah satu dosa yang wajib ditaubati.Jika tanpa niat bertaubat dengan seikhlas hati maka sukar sesaorang penagih itu untuk lepas dari jerat dadah yang membinasakan ini.

Yakinlah bahawa sesungguhnya ALLAH s.w.t maha menerima taubat hambanya sekali pun dosa hambanya itu setinggi gunung.Kembalilah wahai saudara-saudaraku kepada jalan dan cara hidup yang bersih,tenang lagi diredhai Ilahi.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini teramatlah singkat dan kita akan mati.Setelah mati kita akan berhadapan dengan satu kehidupan yang kekal abadi, di sana ada pembalasan NERAKA dan SYURGA. Ketahuilah bahawa NERAKA itu penuh dengan azab sengsara yang teramat azab, manakala SYURGA itu penuh dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya.Burulah SYURGA dan Jauhilah NERAKA.


USTAZ HANAFI, Kedah
http://www.rawatan-dadah.com/

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP