Salam Ramadan...

Tuesday, August 17, 2010

Read more...

Renungan...

Monday, May 10, 2010



Sebenarnya masalah ketagihan dadah ini adalah satu sikap hidup yang salah.Pada permulaannya ianya dianggap penyelesai masalah hidup atau satu cara mencari ketenangan hidup.Kemungkinan pada peringkat awalnya ianya seolah-olah penenang jiwa, namun lama- kelamaan ianya telah bertukar menjadi racun dan perosak kepada diri dan kehidupan.Disebabkan ketagihan dadah telah ramai jiwa yang telah musnah,telah banyak kehidupan yang telah hancur serta si penagih seolah-olah sudah tiada harapan untuk hidup sempurna.Bahkan telah berapa ramai nyawa telah melayang akibat dari sikap penagihan dadah ini.

Insya ALLAH si penagih akan dapat kembali kepangkal jalan kebenaran sekiranya dia bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati menjalani rawatan ini zahir dan batin.Sesungguhnya perbuatan ketagihan dadah ini adalah satu dosa yang wajib ditaubati.Jika tanpa niat bertaubat dengan seikhlas hati maka sukar sesaorang penagih itu untuk lepas dari jerat dadah yang membinasakan ini.

Yakinlah bahawa sesungguhnya ALLAH s.w.t maha menerima taubat hambanya sekali pun dosa hambanya itu setinggi gunung.Kembalilah wahai saudara-saudaraku kepada jalan dan cara hidup yang bersih,tenang lagi diredhai Ilahi.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini teramatlah singkat dan kita akan mati.Setelah mati kita akan berhadapan dengan satu kehidupan yang kekal abadi, di sana ada pembalasan NERAKA dan SYURGA. Ketahuilah bahawa NERAKA itu penuh dengan azab sengsara yang teramat azab, manakala SYURGA itu penuh dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya.Burulah SYURGA dan Jauhilah NERAKA.


USTAZ HANAFI, Kedah
http://www.rawatan-dadah.com/

Read more...

Pil kuda yg semakin berleluasa!!!

Monday, February 22, 2010

Fuhhh..sedihnya hari demi hari makin ramai anak2 muda di daerah ni ambik pil kuda atau methamphetamine dan juga dipanggil 'buah' di daerah ni..Dari segi soal jawab, pil kuda ni naik turun harga pasarannya..kdg2 bleh dpt harga plg murah iaitu rm15 utk sebiji..dan kdg2 bleh mencecah sehingga rm50 sebiji...aiyakkk!!! penyebarannya begitu berleluasa sampai budak2 skolah menengah pon mula tejebak dgn pil haram ini..dan paling menyedihkan skali..bdk2 skolah skrg dah pandai jadi 'pusher' dgn mengedar pil tesebut di skolah2 dan di kampung2 slepas dijanjikan akan diberi ganjaran yg tinggi sekiranya berjaya menjual...motifnya??? mungkin 'pusher2' yg lebih besar mau mengaburi mata pihak berkuasa ttg kegiatan mereka...dan mungkin juga mau 'pencinta2' pil kuda ni semakin bertambah dan menguntungkan mana2 pihak...yg rosaknya siapa??? anak2 muda kita jgk yg rosak..anak muda kita yg mudah sgt tepengaruh dgn rakan2, anak2 muda kita yg slalu sgt mau mencuba sesuatu yg baru!! bayangkanlah kanak2 yg baru ja mau masuk darjah 3 sudah pandai merokok dan tidak segan silu menonton video lucah...jd x hairanlah kalau bila meningkat dewasa mereka dgn mudah dan dgn prasaan tidak bersalahnya terbabit dgn arak dan dadah!!! salah siapa semua ni???

kesan-kesan pil kuda:
1..euphoria(perasaan yg kick)
2..meingkatkn tenaga n tumpuan
3..kurang slera makan
4..menambah kemahuan seks(menggalakan penyebaran penyakit seperti AIDS,sifilis)
disamping kesan kat atas,adelagi kesan yang lebih merbahaya yg mana menyebabkan pil ni menjadi bahan kawalan:
1..brain damage/radang otak yg boleh menyebabkan toksisiti dan boleh menyebabkan gila atau mati...
2..formikasi:perasaan seperti serangga merayap seluruh badan padahal takde pape pun
3..paranoia,halusinasi,and delusi...paranoia adalah tingkahlaku yg pelik..halusinasi ni bila seseorg tu lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud cm lihat ade org depan dia,tapi takde sesiapa pun...delusi plak kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang,atau tak mati klu terjun bangunan....(kebanyakan punca kematian remaja2 yg mabuk disbbkan mereka percaya diorg boleh terbang..oleh itu dirg naik ke bgnn tinggi dan melompat..ttp sedihnya mereka jatuh ke bawah memhempap bumi sebelum nyawanya terbang selama2nya..nauzubillah)
4..ketagihan
5..gigi2 cepat hancur.gigi luruh satu persatu
6..tekanan jiwa
7..otot2 badan musnah dan boleh menyebabkan penyakit buah pinggang

Dan dibawah ini serba sedikit ttg rupabentuk pil kuda yg perlu kita tau dan alert! :

Ni lah pilnya..bewarna merah dan slalunya terdapat huruf 'WY' diatasnya...jd kepada ibu bapa awasilah anak2 dan kepada yg terbaca artikel ini..jgn sesekali terpengaruh dgn rakan2 dan jgnlah sesekali utk mencuba!!! kerana skali cuba dah susah utk anda berpatah balik..sayangilah diri anda okeh! =)



* sumber kesan2 dadah dipetik dari blog : http://pizapoyo.blogspot.com/ tQ!

Read more...

Selamat Tahun Baru 2010...

Wednesday, January 6, 2010


Read more...

GERAK GEMPUR DADAH KLUSTER 2 MUKIM JAKAR

Tahun 2009 menutup tirai dengan penganjuran Program Gempadah Kluster 2 di Mukim Jakar. Program ini dianjurkan oleh AADK Daerah Tanah Merah bersama-sama PUSPEN Daerah Jeli pada 26 Disember yg lalu. AADK Daerah Tanah Merah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg bekerjasama menjayakan program tersebut.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat sivil terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi.Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara pemimpin dan masyarakat setempat dalam membanteras gejala najis dadah di kawasan masing-masing.

Melalui program ceramah dan pameran antidadah beserta aktiviti sukaneka bersama penduduk kampung,pihak AADK berharap agar masyarakat setempat khususnya golongan belia remaja dapat mengamalkan budaya hidup yang sihat dan bebas dari gejala najis dadah.

Diharapkan program-program yg amat bermanfaat seperti ini akan terus dianjurkan pada tahun-tahun mendatang. Insyaallah...


Antara gambar-gambar sepanjang program :
A - Aktiviti gotong royong pelatih-pelatih PUSPEN Jeli Bersama- sama penduduk Mukim Jakar ( 30 pelatih PUSPEN Jeli Pra-bebas )
B - Acara Tiup belon sampai pecah untuk kanak-kanak ( menguji keberanian )
C - Acara cari duit dalam tepong ( menguji kesabaran dan menguatkan urat2 pinggang )
D - Acara pandu motosikal lambat ( paling mendapat perhatian ramai..hehe )

A - Acara lambung cinta sayang ( Lambung belon berisi air - dgn jarak semakin jauh setiap kali belon berjaya ditangkap tanpa pecah )
B - Lagat seorang peserta apabila belon cinta sayang nya pecah ( Pemenang kategori ini. Setelah jarak lambung antara peserta sejauh 1Kilometer..hehe correction, 10 meter la )
C - Acara Bowling kelapa berkumpulan ( Juga acara yg paling mendapat sambutan, buah klapa bergolek seribu..haha )
D - Acara sepak raga likung berkumpulan ( peserta2 veteren berjaya mengalahkan anak2 muda dlm acara ini..dasat..taniah diucapkan )

Pameran pencegahan,penguatkuasaan dan pemulihan

Dari kiri, Puan Hjh Maznah ( Ketua Pegawai AADK Tanah Merah ), En.Mazlan Bin Idris ( Pegawai AADK Kelantan ), YB ADUN Daerah Jeli, Tn.Hj Harun Yaacob ( J'watankuasa Masjid Mukim Jakar )
A - Bacaan Al-Quran oleh pelajar Qiraati Masjid Jakar ( sedap adik ni baca )
B - Persembahan Nasyid oleh Pelatih PUSPEN Jeli ( Juga sungguh shahdu lagu yg dinyanyikan, Sbenarnya pelatih2 PUSPEN Jeli mempunyanyi bakat2 yg terpendam )

Perasmian penutup oleh En.Mazlan Bin Idris

TARIKH : 26 DIS 2009
JAM : 8.00 PAGI - 03.00 PTG
TEMPAT : PERKARANGAN MASJID MUKIM JAKAR DAN SK.NIK DAUD
PERASMIAN : En.Mazlan Bin Idris ( Peg.AADK Kelantan)
KEHADIRAN : 400 ORG

Read more...

Kesan dadah ke atas otak

Tuesday, December 15, 2009

Secara umumnya, dadah dikelaskan kepada beberapa jenis. Nama-nama seperti morfin, heroin, kokain, ganja, amfetamin dan LSD, semua ini membayangkan jenis- jenis dadah yang boleh mendatangkan ketagihan.

Baru-baru ini, banyak lagi jenis dadah seperti "syabu" dan "Ecstasy" dikesan di negara ini. Semua ini akan mengelirukan kefahaman orang ramai tentang dadah, apatah lagi setiap satunya mempunyai nama `timangan' yang tersendiri di kalangan golongan penagih. Tambahan pula bahan-bahan seperti tembakau dan rokok yang juga dianggap sebagai dadah terdapat dengan begitu meluas penggunaanya di kalangan masyarakat kita.

Namun apa yang penting diketahui bukan sangat nama-nama dadah itu, tetapi kesannya ke atas pengguna. Kesan utama dadah berbanding dengan ubat-ubatan adalah tindakannya yang agak ketara ke atas otak dan minda manusia sehingga boleh berlaku pergantungan ataupun ketagihan.

Oleh yang demikian, ada baiknya kita mengenali jenis-jenis dadah ini dari segi kesannya secara umum kepada otak dan minda manusia. Berasaskan ini, dadah boleh diberikan kepada dua golongan utama, iaitu jenis dadah yang boleh meransang otak dan minda dan sejenis lagi adalah yang boleh menekan fungsi otak dan minda. Jenis ketiga yang agak utama adalah bahan-bahan yang dipanggil sebagai halusinogen.

(i) Dadah Perangsang

Seperti mana yang diketahui umum, kehidupan kita sehari-harian mempunyai kitaran naik-turunnya sendiri. Dengan kata lain, ada masa-masanya kita secara semulajadi merasa `seronok' dan ada pula masanya kita merasa agak `sugul'. Perasaan seronok ataupun gembira menunjukkan bahawa otak dan minda kita dalam keadaan dirangsang. Ini membawa kita kepada tingkah laku yang selalunya mengembirakan keriangan, kepetahan dan juga kadangkala gelak ketawa sebagai tanda keseronokan.

Dalam hal yang sama, rangsangan yang diakibatkan daripada pengunaan ubat-ubatan yang boleh juga merangsang otak/minda memberi kesan yang hampir-hampir sama. Oleh itu, sesiapa sahaja yang mengguna dadah seumpama ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak `palsu'. Tingkah lakunya turut menjadi agak luar biasa daripada berbagai segi, termasuk kelincahan mahupun dari segi pertuturan.


Menggeletar
Dengan kata lain, kesan-kesan yang dapat diperhatikan akibat daripada penggunaan dadah jenis ini adalah rasa keseronokan yang hampir tidak ada batasan jika dibandingkan dengan keseronokan semula jadi. Justeru itu, mereka sering rasa resah-gelisah ataupun sentiasa dalam keadaan kebimbangan dan mudah rengsa. Pertuturan mereka menjadi begitu pantas hampir kadangkala sukar untuk memahami apa yang dimaksudkan. Tubuhnya mungkin menggeletar, tidak begitu berselera untuk makan ataupun minum. Ia seolah-olah asyik dengan keriangan sendiri tanpa menghiraukan sangat alam persekitarnnya, termasuk makanan dan minuman.

Jika keadaan ini berlanjutan, seseorang itu akan mula berasa keletihan sehingga dapat mencetuskan satu keadaan kecemasan dan keresahan yang tidak lagi dapat dikawal. Kesudahannya nyawa mereka akan terancam akibat daripada fungsi-fungsi penting lain di dalam badan seperti jantung, pernafasan dan juga ginjal turut menjadi tidak lagi terkawal. Akhirnya maut akan menyusul.

Contoh-contoh dadah seumpama ini adalah amfetamin ataupun MDMA yang lebih dikenali sebagai Ecstasy. Sebab itulah dalam penggunaan Ecstasy didapati bahawa penggunanya dapat melakukan sesuatu pergerakan (seperti menari) berjam-jam lamanya tanpa berhenti.

(ii) Dadah Penekan

Berbanding dengan jenis dadah yang boleh merangsang otak, kesan akibat dadah penekan ini hampir berlawanan. Penggunanya tidak langsung aktif mahupun cergas tetapi sebaliknya dalam keadaan serba tertekan dan sugul. Ia akan merasakan begitu lesu serta malas untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Keadaannya seolah- olah rasa mengantuk, pertuturannya lambat dan hampir meleret. Tumpuannya begitu rendah sekali sehinggakan ia tidak begitu memperdulikan persekitaranya.

Contoh-contoh kesan dadah yang bertindak sedemikian adalah jenis ubat-ubat tidur atau ubat pelali. Ubat-ubat tidur sebenarnya berfungsi dengan menekan aktiviti otak sehingga dapat menghasilkan rasa mengantuk dan tidur. Dan apabila otak terus tertekan, seseorang itu akan berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri dan maut pula akan menyusul. Malah, ekoran daripada itu, berbagai tekanan fungsi badan seperti jantung, pernafasan mahupun buah pinggang turut terjejas.


Terbang
Contoh ubat-ubatan lain yang boleh menekan otak dan minda dan juga fungsi badan adalah daripada kumpulan-kumpulan candu ataupun madat terutama sekali morfin serta heroin. Kumpulan-kumpulan ini juga dikenali sebagai kumpulan narkotik. Bahan seperti kodein yang digunakan oleh sesetengah orang untuk merawat batuk juga terbitan daripada narkotik walaupun kesannya tidak sebegitu ketara berbanding morfin dan heroin.

(iii) Dadah Halusinogen

Selain daripada dua kumpulan utama di atas, satu lagi kumpulan yang sering diperkatakan adalah jenis halusinogen. Ini termasuk bahan-bahan seperti LSD, PCP dan berbagai jenis dadah rekaan (designer drug). Kesan utama bagi kumpulan ini adalah ciri-ciri yang dapat menukar persepsi di pengguna.

Dalam banyak hal, persepsi-persepsi ini seolah-olah tidak berpijak di alam nyata. Misalnya seorang pengguna dadah jenis halusinogen mungkin merasakan dirinya boleh terbang dan apabila cuba melakukan sedemikian, ianya akan mendapat kecederaan dan mungkin maut. Ada juga ketikanya mereka-mereka yang menggunakan ubat-ubatan LSD misalnya mendakwa dapat berjumpa dengan Tuhan. Kesemuanya ini adalah khayalan yang mirip kepada fenomena halusinasi iaitu istilah yang digunakan untuk mencirikan dadah-dadah daripada kelas ini.

Oleh yang demikian, sering kali pengguna dadah halusinogen ini akan mengalami perubahan tingkah laku luar jangkaan ataupun perubahan "mood" (mood swing) yang luar biasa. Emosi mereka menjadi tidak stabil dan kerap juga dihantui oleh pengalaman-pengalaman buruk yang pernah dialami mereka. Ada masa-masanya keadaan mereka seolah-olah orang yang tidak waras sepertimana kumpulan ubat-ubatan halusinasi dan penekan. Dadah halusinasi bertindak terus kepada otak dan minda untuk mencetuskan kesan-kesan berkenaan sepertimana yang disebutkan di atas.

Berasaskan kepada kumpulan-kumpulan utama ini, seseorang itu dapat mengenali banyak jenis dadah lain, baru dan lama. Misalnya, arak digolong sebagai dadah penekan kerana berupaya menekan fungsi otak dan minda. Sebab itulah apabila seseorang itu dalam keadaan mabuk, ia lebih cenderung untuk tidur ataupun rasa mengantuk. Pergerakannya pula terhuyung-hayang. Begitu juga misalnya dengan rokok ataupun tembakau, khususnya bahan nikotin yang terdapat di dalam bahan- bahan tersebut. Tembakau ataupun nikotin juga boleh menekan fungsi otak, tetapi ini selalunya tidak dirasakan sangat oleh perokok kerana kesan awalan daripada merokok adalah merangsang otak dan minda.

Sungguhpun kesan utama dadah adalah ke atas otak dan minda, tetapi kesan ini hanya dapat diperhatikan melalui gejala-gejala luaran yang mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti otak dan minda. Ini termasuklah sistem-sistem yang berkaitan dengan tubuh badah seperti sistem jantung, pernafasan, gastro-usus, ginjal dan sebagainya.

Sepertimana yang telah dinyatakan, umumnya dadah perangsang boleh menguji aktiviti-aktiviti ini. Denyutan jantung meningkat, tekanan darah meningkat, pernafasan meningkat begitu juga dengan pengeluaran gastrousus. Kesan luaran yang paling ketara adalah pembesaran anak mata hitam berbanding dengan keadaan normal. Sebaliknya penggunaan dadah yang menekan sistem otak dan saraf memberi kesan pengurangan, baik bagi sistem jantung, pernafasan mahupun gastro-usus, kesannya ke atas anak mata hitam boleh mengakibatkannya mengecil berbanding dengan keadaan normal. Selain daripada itu, sifat-sifat serta perwatakan pengguna itu sendiri boleh mendatangkan beberapa gejala bagi mensyaki penggunaan dadah berkenaan.

Bagaimanapun, dalam semua hal ini, pengguna-pengguna dadah akan merasai "keinginan" mengambil dadah secara berterusan sebagai satu tanda yang ianya bergantung secara psikologi kepada bahan-bahan tersebut. Kesan pergantungan ini memberi akibat yang mendalam kepada perlakuan serta juga sikap si pengguna. Sepuluh gejala-gejala yang sering dikatakan sebagai petanda luaran penggunaan dadah adalah seperti berikut:


Perubahan sikap ataupun mood yang agak mendadah tanpa sebarang sebab yang nyata.
Perubahan dari segi perwatakan dan juga penampilan peribadi berbanding dengan apa yang lazim bagi seseorang itu. Ini termasuklah cara berpakaian dan gelagat sehariannya.
Prestasi dan juga kehadiran di tempat kerja mahupun di sekolah mula menunjukkan perubahan yang agak mendadak. Ini selalunya lebih kepada kemerosotan prestasi ataupun sering ponteng.

Kesihatan
Berat badan semakin berkurangan akibat daripada tidak berselera untuk makan ataupun kurang keprihatinan terhadap aspek kesihatan.
Mata sering berair dan kelihatan merah. Saiz anak mata berbeza, sama ada lebih kecil ataupun lebih besar daripada keadaan normal. Pengguna dadah sering berkaca mata hitam untuk tidak dikenal pasti.
Kecenderungan untuk memencilkan diri terutama sekali daripada rakan- rakan sebaya (yang tidak melibatkan diri dengan dadah) ataupun aktiviti -aktiviti rekreasi yang lain.
Sering kelihatan di tempat-tempat sumbang seperti bilik stor ataupun kamar-kamar lain yang jarang dikunjungi dan digunakan oleh orang lain.
Terdapat tanda-tanda suntikan jarum di lengan ataupun parut-parut bekas suntikan di bahagian-bahagian badan lain. Dalam hal ini, si pengguna sering cuba menyorokkan tanda-tanda ini dengan memakai kemeja lengan panjang dan sebagainya.
Kurang memberi tumpuan kepada tugas-tugas penting bukan sahaja berkaitan dengan kerja, tetapi juga berhubung pengurusan peribadi dan keluarga.


Kesan dadah ke atas otak
Oleh Prof. Dzulkifli Abdul Razak
Pusat Racun Negara, USM
Sumber: Utusan Malaysia,
Feb. 26, 1998

Read more...

BLOG IN POGRESS...

Saturday, December 12, 2009

Loading.......

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP